USAHAWAN KECIL KEK, PASTRY DAN KUIH MUIH
Nama | : Hanisah binti Koleh |
Umur | : 34 tahun |
Ahli | : 2014 |
Latar belakang
Puan Hanisah merupakan usahawan kecil yang menjual kek bajet hari jadi, pastry dan kuih muih tempatan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Hanisah merupakan surirumah sepenuh masa dan menjual hasil niaga hanya kepada saudara mara terdekat sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mempelajari penggunaan ICT, Puan Hanisah sudah mempunyai perniagaan kek dan pastry secara kecil-kecilan di kampung dan menerima tempahan kek sempena sambutan hari jadi. Puan Hanisah juga memanfaatkan penggunaan ICT untuk mengikuti kursus-kursus pembuatan kek dan pastry di sekitar daerah Kota Samarahan. Kini, dengan menggunakan WhatApps dan Facebook Puan Hanisah boleh mempromosi perniagaannya serta mendapatkan tempahan daripada pelanggan.
MENAIP SURAT, MENCETAK DAN ASAS PENGGUNAAN KOMPUTER
Nama | : Kamarudin Baku |
Umur | : 46 Tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
En Kamarudin merupakan seorang penduduk Kg Sg Mata yang menjalankan kerja-kerja kampung seperti bertukang dan sebagainya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini En Kamarudin tidak tahu menggunakan komputer malah, segala urusan menaip akan diserahkan kepada petugas PI.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengikuti beberapa kelas di PI Kg Sungai Mata, En Kamarudin sudah mampu menaip surat-surat rasmi untuk persatuan kampung yang melihatkan beliau menjadi setiausaha. Bukan itu sahaja, En Kamarudin juga kini mampu untuk membuat minit mesyuarat dan surat rasmi untuk persatuannya.
BELAJAR MENAIP, MEMBUAT VIDEO DAN AKAUN MEDIA SOSIAL
Nama | : Norman Amir bin Faizal |
Umur | : 14 Tahun |
Ahli | : 2014 |
Latar belakang
Norman Amir merupakan seorang pelajar sekolah yang sering menggunakan kemudahan yang terdapat di PI untuk menambah pengetahuannya tentang ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Sebelum ini Norman tidak tahu untuk menggunakan komputer dan hanya berfikir bahawa kegunaan komputer hanyalah terhad kepada kerja-kerja menaip.
Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PI
Selepas mengikuti beberapa kelas di PI Kg. Sungai Mata, Norman Amir mampu untuk mengoptimumkan penggunaan kemudahan yang ada di PI.sebagai contoh, beliau menggunakan Komputer di PI untuk membuat kerja kursus sekolahnya dan juga belajar menggunakan tutorial pembelajaran di Youtube untuk menambah pengetahuannya.
BELAJAR MENAIP DAN MEMBUAT VIDEO
Nama | : Mohd Fadillah bin Aziz |
Umur | : 14 Tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Mohd Fadillah merupakan seorang ahli rajin yang mengikuti kelas dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet Kg Sg Mata.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini Fadillah tidak tahu PI ada menyediakan pelbagai kemudahan dan kelas dan beliau berpendapat PI ini tidak ubah seperti Cyber Café yang lain
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengetahui kemudahan-kemudahan yang disediakan di PI termasuk kelas-kelas ICT yang ditawarkan, Fadillah semakin rajin mengikuti kelas-kelas di PI untuk menambah pengetahuannya dalam bidang ICT.Beliau kini tahu untuk menggunakan software seperti Movie Maker, Photoshop, Microsoft Office dan banyak lagi hasil daripada mengikuti kelas ICT di PI.