BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Ikhmal bin Ahap
Umur : 10 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Ikhmal bin Ahap merupakan seorang pelajar sekolah rendah tahun empat S.K Mata Parang yang sering mengunjungi Pusat Internet Kg Sungai Mata untuk menambah ilmu berkaitan dunia ICT dan sering kali juga mengulang kaji pelajaran dan membuat kerja sekolahnya di Pusat Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Ikhmal tidak tahu akan maksud ICT dan hanya berpendapat komputer hanya digunakan untuk bermain game dan menaip sahaja

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengetahui penggunaan ICT, Ikhmal sering mengikuti kelas-kelas yang dijalankan di pusat internet bagi menambah pengetahuannya berkaitan ICT. Ikhmal turut menggunakan kemudahan Internet di Pusat Internet untuk menambah pengetahuan dalam hal-hal berkaitan subjek di sekolah melalui laman web astro tutor tv.

 

USAHAWAN MAKANAN DAN KUIH MUIH TRADISIONAL

Nama : Norsima binti Sabeni
Umur : 31 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Sakinah merupakan seorang suri rumah sepenuh masa dan hanya menghabiskan masa lapang di rumah membuat kuih untuk makanan keluarga dan bukan jualan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, Pn Sakinah hanya menghabiskan masa lapangnya di rumah tanpa melakukan apa-apa yang boleh menambah pendapatan keluarganya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT, Pn Sakinah tahu menggunakan media sosial dan juga membuat promosi secara dalam talian melalui akaun media sosial (facebook) miliknya. Selain itu, Pn Sakinah turut dapat menambah pengetahuan tentang ICT dan penggunaannya.

 

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Nur Diana binti Amin
Umur : 11 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Nur Diana merupakan seorang pelajar sekolah rendah tahun lima S.K Mata Parang yang sering mengikuti kelas ICT dan KDB di PI Kg Sg Mata. Dia juga sering membawa kerja sekolahnya ke PI untuk disiapkan dan sering bertanya kepada petugas PI sekiranya terdapat perkara-perkara yang dia tidak faham akan hal pelajaran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Nur Diana tidak tahu akan ICT dan hanya berpendapat komputer hanya digunakan oleh golongan tertentu sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengetahui penggunaan ICT, Nur Diana sering mengikuti kelas-kelas yang dijalankan di PI bagi menambah pengetahuannya berkaitan ICT. Dia juga sudah tahu menggunakan kemudahan Internet secara berhemah dan lebih berhati-hati dalam pergaulan di dalam media sosial.

 

USAHAWAN MAKANAN DAN MINUMAN

Nama : Norsima binti Sabeni
Umur : 32 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Norsima bt Sabeni merupakan seorang surirumahtangga sepenuh masa dan mempunyai banyak masa lapang. Beliau pernah terfikir untuk melibatkan diri dalam dunia perniagaan sebelum ini namun kerana tidak tahu caranya, beliau hanya pendamkan sahaja niatnya itu

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT atau sebelum beliau melibatkan diri di PI, Norsima boleh menggunakan komputer dan perlu bantuan dari orang mengajarnya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri di PI, Norsima telah mempunyai akaun media sosial peribadi dan beliau juga selalu menggunakan komputer di PI untuk tujuan pembelajaran.Beliau juga telah membuka perniagaan menjual kuih muih secara kecil kecilan di sekitar kampung.

USAHAWAN PRODUK KECANTIKAN , KESIHATAN DAN PAKAIAN

Nama : Norsamila binti Hasan
Umur : 28 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Norsamila binti Hasan merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang sebelum ini menggunakan Media Sosial hanya secara asas sahaja sebelum jadikan platform Media Sosial ini sebagai salah satu punca pendapatannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT  di PI, Puan Norsamila hanya tahu menggunakan komputer untuk membuat kerja-kerja asas seperti menaip dan sebagainya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri di PI, beliau kini menggunakan Media Sosial sebagai salah satu punca pendapatannya dengan mewar-warkan barangan jualannya dan mendapat tempahan daripada pelanggan.