USAHAWAN MAKANAN/MINUMAN/MAKANAN KERING
Nama | : Tini binti Marli |
Umur | : 26 Tahun |
Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Puan Tini binti Marli sebelum ini merupakan seorang suri rumah yang hanya bergantung kepada pendapatan suaminya untuk menyara keluarga
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum mengikuti kelas keusahawanan di Pusat Internet Komuniti, Pn Tini hanya menjadi suri rumah sepenuh masa.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Selepas mengikuti kelas keusahawanan di Pusat Internet Komuniti, Pn Tini terpikir hendak menjalankan perniagaan berasaskan makanan dan beliau kini membuka gerai secara kecil-kecilan untuk membantu menambahkan pendapatan keluarga.
BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama | : Mohd Raiman bin Azmi |
Umur | : 8 tahun |
Ahli | : 2019 |
Latar belakang
Mohd Raiman merupakan seorang pelajar Sekolah Rendah Agama Ilmu Khaldun yang rajin mengikuti kelas-kelas ict yang dijalankan di Pik Kg Sg Mata. Beliau juga sering meminta tunjuk ajar petugas pusat internet berkaitan kerja sekolahnya di pusat internet.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum penggunaan ict, beliau sering menghabiskan masa lapang beliau dengan bermain permainan fizikal seperti bola sepak,guli dan sebagainya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Selepas penggunaan ict, beliau kini tahu untuk menaip menggunakan Microsoft Office, dan juga tahu untuk membuat penjagaan aspek keselamatan kediri ketika melayari internet.
USAHAWAN ARGO/PENTERNAKAN
Nama | : Asmah binti Sapa'ee |
Umur | : 45 Tahun |
Ahli | : 2020 |
Latar belakang
Pn Asmah merupakan seorang suri rumah sepenuh dan mengambil upah menjahit baju
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum mengikuti kelas keusahawanan di Pusat Internet Komuniti, Pn Asmah hanya menjadi surirumah sepenuh masa dan mengambil upah menjahit baju sekiranya ada tempahan dari komuniti kampung.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Selepas mengikuti kelas keusahawanan di Pusat Internet Komuniti, Pn Asmah terpikir hendak menjalankan perniagaan berasaskan penternakan. Ini juga atas dorongan dan sokongan suami beliau yang juga seorang usahawan di kampung yang menjual kambing.
USAHAWAN MAKANAN/MINUMAN/MAKANAN KERING
Nama | : Nur Ismawaty Lasau |
Umur | : 36 Tahun |
Ahli | : 2020 |
Latar belakang
Pn. Ismawaty merupakan seorang surirumah sepenuh masa yang ingin berjinak-jinak menceburi bidang perniagaan berasaskan makanan. Pn. Ismawaty sudah mula menceburi bidang perniagaan dengan menjual donut frozen, ayam pandan frozen dari rumahnya dan juga memasarkannya menggunakan kaedah COD dimana beliau menerima tempahan dan menghantar kepada para pelanggan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum penggunaan ICT, Pn. Ismawaty sememangnya sudah mengetahui penggunaan ICT kerana beliau juga menggunakan aplikasi media sosial untuk mempromosi jualan yang beliau jalankan. Beliau menggunakan Pik Kg Sg Mata untuk memperkasakan lagi ilmu pengetahuan beliau mengenai ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Selepas melibatkan diri dalam aktiviti PIK, beliau kini lebih yakin dalam mempromosi jualan di aplikasi media sosial dan banyak mendapat tempahan dari pelanggan tetap terutama donut frozen. Kini, beliau juga tidak lagi malu untuk berhadapan dengan pelanggan ketika menjalankan COD.
BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama | : Mohd Razmi bin Azmi |
Umur | : 12 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Mohd Razmi merupakan seorang pelajar Sekolah Rendah Agama Ilmu Khaldun yang rajin mengikuti kelas-kelas ict yang dijalankan di Pik Kg Sg Mata. Beliau juga selalu membawa kerja-kerja sekolahnya untuk dihabiskan di dalam PIK sambil meminta tunjuk ajar dari para petugas PIK.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum penggunaan ict, beliau sering menghabiskan masa lapang beliau dengan bermain basikal, bola sepak dan pelbagai lagi aktiviti bersama-sama rakan-rakan sebaya
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Selepas penggunaan ict, beliau kini tahu untuk menaip menggunakan Microsoft word, mencari maklumat berkaitan kerja sekolah di internet, menggunakan printer,serta menggunakan Youtube sebagai rujukan untuk mengulangkaji pelajaran.