USAHAWAN MENJUAL PRODUK KECANTIKAN, KESIHATAN DAN MAKANAN
Nama | : Dewi binti Pawi |
Umur | : 34 tahun |
Ahli | : 2014 |
Latar belakang
Puan Dewi binti Pawi merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Beliau hanya menghabiskan masa lapangnya di rumah sahaja.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet, Pn Dewi tidak tahu menggunakan komputer dan telefon pintar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT, Pn Dewi sudah berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dan kini telah menjadi agen jualan produk kecantikan dan beliau juga menggunakan media sosial untuk menjual produknya disamping mencari pelanggan-pelanggan baru.
USAHAWAN MENJUAL MINUMAN DAN PAKAIAN
Nama | : Norita binti Jamali |
Umur | : 38 tahun |
Ahli | : 2014 |
Latar belakang
Norita binti Jamali merupakan seorang surirumah sepenuh masa yang mempunyai banyak masa lapang sebelum melibatkan diri di Pusat Internet Kg Sg Mata.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT atau sebelum beliau melibatkan diri di PI, Pn Norita hanya menjadi suri rumah sepenuh masa tanpa mempunyai pendapatan luar selain dari pendapatan suaminya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas melibatkan diri di Pi, Pn Norita kini tahu cara untuk menambahkan pendapatan keluarganya. Beliau kini sering mengikuti kelas e-Usahawan yang dijalankan di Pusat Internet Kg Sg Mata dan beliau juga sudah berjinak-jinak dalam perniagaan dalam talian menjual pakaian.
USAHAWAN MENJUAL MAKANAN DAN KUIH TRADISIONAL
Nama | : Nur Fadilla binti Lesa |
Umur | : 29 tahun |
Ahli | : 2014 |
Latar belakang
Puan Nurfadilla merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang mula menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan dengan menjual kuih-muih dan menjadi agen jualan Nurayysa beauty di kampungnya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet, Pn Nurfadilla berfikiran bahawa komputer dan ICT hanya digunakan oleh mereka yang bekerja pejabat sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT, Pn Nurfadilla menjadi lebih peka dengan keperluan ICT dan teknologi dalam kehidupan seharian. Pn Nurfadilla sekarang menerima tempahan kuih-muih dan sebagainya melalui aplikasi Whatsapp, Facebook dan sebagainya.Pn Nurfadilla juga merupakan antara ahli yang aktif mengikuti kelas-kelas advokasi dan aktiviti di Pusat Internet Kg Sg Mata.
BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama | : Akhmal bin Ahap |
Umur | : 10 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Akhmal bin Ahap merupakan seorang pelajar sekolah rendah tahun empat S.K Mata Parang yang sering mengunjungi Pusat Internet Kg Sungai Mata untuk menambah pengetahuan berkaitan dunia ICT dan sering menggunakan kemudahan di Pusat Internet untuk menyiapkan kerja sekolahnya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, Akhmal berpendapat Pusat Internet ini merupakan sebuah institusi yang berfungsi seperti badan-badan kerajaan (Pejabat Daerah)dan sebagainya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengetahui penggunaan ICT, Akhmal kerap berkunjung ke Pusat Internet untuk menambahkan pengetahuannya berkaitan dengan bidang ICT. Safuan juga sering membawa bersama kerja sekolahnya untuk disiapkan di Pusat Internet. Dia juga sering bertanya kepada petugas pusat intenet sekiranya dia tidak memahami subjek mata pelajarannya disekolah.Akhmal juga aktif mengikuti kelas-kelas ICT yang dijalankan di Pusat Internet Kg Sg Mata.
USAHAWAN MAKANAN DAN PAKAIAN
Nama | : Katijah binti Jam |
Umur | : 42 tahun |
Ahli | : 2014 |
Latar belakang
Katijah binti Jam merupakan seorang usahawan Pusat Internet Sungai Mata yang sering menggunakan perkhidmatan internet dan komputer di Pusat Internet untuk mempromosikan produknya iaitu makanan dan pakaian. Beliau juga merupakan salah seorang skuad Pusat Internet Kg Sg Mata.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT atau sebelum beliau melibatkan diri di PI, Katijah hanya melakukan promosi jualan secara mulut ke mulut dan terhad kepada penduduk kampung sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas melibatkan diri di PI, Katijah telah membuat akaun media sosial beliau dan mempromosikan produk jualannya secara atas talian. Beliau juga ada menjual sayur – sayuran dan ikan secara kecil kecilan di Market Basah Stutong, Tabuan jaya.