USAHAWAN MENJUAL MAKANAN

Nama : Nur Liyana
Umur : 37 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Pn. Nur Liyana merupakan surirumah sepenuh masa yang sentiasa mencari peluang untuk menambah pendapatan keluarganya. Sebelum ini beliau mengambil upah mencari sayur midin dan menjual kepada peraih yang sering ke kampung.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT atau sebelum beliau melibatkan diri di Pusat Internet, Pn Nur Liyana hanya menggunakan kaedah promosi tradisional iaitu dari mulut ke mulut dalam mempromosikan perniagaan menjual Nasi Ayamnya

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri di Pusat Internet, Pn Nur Liyana kini sudah berjinak-jinak mengambil katering nasi ayam secara kecil kecilan dan beliau juga kini mula memasarkan produk-produk makanan beliau melalui media sosial seperti facebook,whatsaap, dan sebagainya

 

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Muhammad Alshafiee bin Musa
Umur : 13 tahun
Ahli : 2017

 

Latar belakang

Muhammad Alshafiee Bin Musa merupakan ahli Pusat Internet yang aktif menggunakan kemudahan yang telah disediakan di Pusat Internet. Beliau sering berkunjung ke Pusat Internet untuk membuat kerja sekolah beliau dan sering juga meminta tunjuk ajar dari petugas untuk menyiapkan tugasan yang diberikan guru sekolahnya

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Alshafiee tidak tahu untuk menggunakan komputer dan ICT

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengetahui penggunaan ICT, Muhammad Alshafiee sudah tahu cara menggunakan Microsoft Office 2010 disamping mampu mereka poster menggunakan Adobe Photoshop dan mencipta video pendek menggunakan Moovly

 

USAHAWAN MENJUAL PELBAGAI PASTRI (ROTI)

Nama : Marina binti Tegah
Umur : 41 tahun
Ahli : 2019

 

Latar belakang

Pn Marina merupakan salah seorang pengusaha roti yang aktif berjual di sekitar Kampung Sg Mata. Beliau juga menerima tempahan menghantar roti untuk jualan di kedai runcit dan majlis-majlis rasmi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT atau sebelum beliau melibatkan diri di Pusat Internet, Pn Marina hanya menjual produk beliau menggunakan kaedah promosi mulut ke mulut. Ini menyebabkan jualan nya selalu bergantung dengan bilangan pesanan yang diterima menggunakan pesanan mulut ke mulut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas melibatkan diri di Pusat Internet, Pn Marina kini memasarkan produk nya menggunakan aplikasi Whatsapp dan Facebook. Kini beliau ada menerima tempahan sejauh ke bandar Kuching dan menurutnya, beliau kini tidak menang tangan untuk menyiapkan tempahan roti yang diminta.

USAHAWAN MENJUAL NANAS

Nama : Norman Amir bin Faizal
Umur : 16 tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Norman Amir Faizal merupakan seorang pelajar sekolah menengah SMK Hajjah Laila Taib yang cenderung untuk membantu perniagaan ibunya iaitu Cahaya Mata Enterprise. Beliau juga selalu meminta tunjuk ajar daripada petugas Pusat Internet untuk membantu memajukan perniagaan keluarganya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di Pusat Internet, Norman Amir sering berkunjung ke Cyber Café yang terletak lebih kurang 40 kilometer dari rumahnya. Bagi beliau, ianya merupakan beban kepada beliau mamandangkan jarak ke cyber café sangat jauh.Selain itu beliau hanya tahu menaip secara asas sahaja sebelum berkunjung ke Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas penggunaan ICT, Norman Amir sering membantu perniagaan keluarganya dengan membuat promosi barangan keluarannya menggunakan platform media sosial. Beliau juga sering minta tunjuk ajar petugas Pusat Internet tentang cara untuk mereka cipta poster promosi jualan menggunakan Adobe Photoshop.

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK

Nama : Nurzalina binti Kelana
Umur : 11 tahun
Ahli : 2016

 

Latar belakang

Nurzalina merupakan pelajar tahun 5 Sk Mata Parang yang juga merupakan ahli Pusat Internet Kg Sg Mata.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penggunaan ICT, Nurzalina tidak tahu menggunakan komputer dan juga tidak tahu menahu tentang penggunaan ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengetahui penggunaan ICT, Nurzalina sudah mempunyai email sendiri dan sering menggunakan kemudahan Pusat Internet untuk belajar dan menimba ilmu pengetahuan berkaitan ICT