BELAJAR MENAIP, MEMBUAT VIDEO DAN AKAUN MEDIA SOSIAL

 

Nama : Norman Amir bin Faizal
Umur : 14 Tahun
Ahli : 2014

 

Latar belakang

Norman Amir merupakan seorang pelajar sekolah yang sering menggunakan kemudahan yang terdapat di PI untuk menambah pengetahuannya tentang ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Sebelum ini Norman tidak tahu untuk menggunakan komputer dan hanya berfikir bahawa kegunaan komputer hanyalah terhad kepada kerja-kerja menaip.

Selepas penggunaan ICT/ Penglibatan PI

Selepas mengikuti beberapa kelas di PI Kg. Sungai Mata, Norman Amir mampu untuk mengoptimumkan penggunaan kemudahan yang ada di PI.sebagai contoh, beliau menggunakan Komputer di PI untuk membuat kerja kursus sekolahnya dan juga belajar menggunakan tutorial pembelajaran di Youtube untuk menambah pengetahuannya.