USAHAWAN MENJUAL NANAS
Nama | : Landok bin Koleh |
Umur | : 42 tahun |
Ahli | : 2018 |
Latar belakang
Landok merupakan seorang penduduk kampung yang rajin menjalankan kerja sendiri di kampung. Sebelum ini, beliau mengambil upah membawa lori sawit ke kilang pemprosesan sawit berdekatan kampung.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI, Landok sering ke pusat bandar untuk menguruskan pelbagai jenis urusan yang memerlukan penggunaan internet.Ada kalanya beliau terpaksa berulang alik ke bandar untuk menguruskan urusan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT, Landok kini tidak perlu berjalan jauh lagi memandangkan Pusat Internet sudah ada di kampung dan beliau boleh menguruskan urusan beliau hanya menggunakan komputer di Pusat Internet
USAHAWAN MENJUAL NANAS
Nama | : Mohd. Fadillah bin Aziz |
Umur | : 16 tahun |
Ahli | : 2016 |
Latar belakang
Fadillah merupakan seorang penduduk kampung yang sentiasa mencari jalan untuk menambah pendapatan keluarganya. Salah satu langkah yang diambil oleh beliau ialah dengan menjalankan perniagaan menjual barangan berasaskan nanas yang diusahakannya bersama dengan pakciknya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT atau sebelum beliau melibatkan diri di Pusat Internet dia hanya bergantung dengan cyber café yang terletak agak jauh dari kampung beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas melibatkan diri di Pusat internet, Fadillah kini menjadi salah seorang skuad yang rajin membantu petugas Pusat Internet dalam mengadakan pelbagai program di dalam mahupun di luar Pusat Internet.
USAHAWAN MENJUAL MAKANAN DAN MINUMAN
Nama | : Siti Malisa binti Bujang |
Umur | : 25 tahun |
Ahli | : 2014 |
Latar belakang
Siti Malisa merupakan seorang suri rumah yang kini menjalankan perniagaan menjual makanan dan minuman di hadapan rumah beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT atau sebelum beliau melibatkan diri di Pusat Internet, beliau hanya menjadi surirumah sepenuh masa dan bergantung sepenuhnya dengan hasil pendapatan suami beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas melibatkan diri di PI, Siti Malisa kini berusaha untuk mencari pendapatan luar dengan menjual makanan dan minuman di hadapan rumah beliau. Beliau mendapat idea untuk menjual makanan dan minuman ringan dihadapan rumahnya selepas beliau melihat video usahawan kampung di pusat internet.
BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama | : Mohamad Arifarhan bin Adenan |
Umur | : 13 tahun |
Ahli | : 2014 |
Latar belakang
Muhammad Arifarhan merupakan seorang pelajar sekolah rendah tahun enam S.K Mata Parang yang selalu berkunjung ke Pusat Internet untuk menambah ilmu pengetahuan dalam bidang ICT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, Arifarhan tidak tahu menggunakan komputer dan dia juga tidak tahu apakah itu komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengetahui penggunaan ICT, Arifarhan sudah tahu menaip menggunakn komputer di Pusat Internet disamping membuat presentation menggunakan Microsoft Office (Powerpoint) dan sebagainya.
USAHAWAN MENGGUNTING RAMBUT
Nama | : Abdul Wahab bin Rodi |
Umur | : 17 tahun |
Ahli | : 2014 |
Latar belakang
Wahab merupakan lepasan sekolah yang kini mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan dengan menawarkan khidmat menggunting rambut.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan Pusat Internet, Wahab hanya tahu melayari laman sosialnya sahaja untuk menambah kenalan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT, Wahab kini sudah tahu menggunakan tutorial menggunting rambut di Youtube untuk menjalankan perniagaan menggunting rambutnya. Kini beliau sudah tahu untuk menggunting rambut menggunakan stail rambut terkini.