BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN MENCETAK
Nama | : Akhmal bin Ahap |
Umur | : 10 tahun |
Ahli | : 2017 |
Latar belakang
Akhmal bin Ahap merupakan seorang pelajar sekolah rendah tahun empat S.K Mata Parang yang sering mengunjungi Pusat Internet Kg Sungai Mata untuk menambah pengetahuan berkaitan dunia ICT dan sering menggunakan kemudahan di Pusat Internet untuk menyiapkan kerja sekolahnya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT, Akhmal berpendapat Pusat Internet ini merupakan sebuah institusi yang berfungsi seperti badan-badan kerajaan (Pejabat Daerah)dan sebagainya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mengetahui penggunaan ICT, Akhmal kerap berkunjung ke Pusat Internet untuk menambahkan pengetahuannya berkaitan dengan bidang ICT. Safuan juga sering membawa bersama kerja sekolahnya untuk disiapkan di Pusat Internet. Dia juga sering bertanya kepada petugas pusat intenet sekiranya dia tidak memahami subjek mata pelajarannya disekolah.Akhmal juga aktif mengikuti kelas-kelas ICT yang dijalankan di Pusat Internet Kg Sg Mata.