USAHAWAN MENJUAL NANAS
Nama | : Norman Amir bin Faizal |
Umur | : 16 tahun |
Ahli | : 2014 |
Latar belakang
Norman Amir Faizal merupakan seorang pelajar sekolah menengah SMK Hajjah Laila Taib yang cenderung untuk membantu perniagaan ibunya iaitu Cahaya Mata Enterprise. Beliau juga selalu meminta tunjuk ajar daripada petugas Pusat Internet untuk membantu memajukan perniagaan keluarganya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan di Pusat Internet, Norman Amir sering berkunjung ke Cyber Café yang terletak lebih kurang 40 kilometer dari rumahnya. Bagi beliau, ianya merupakan beban kepada beliau mamandangkan jarak ke cyber café sangat jauh.Selain itu beliau hanya tahu menaip secara asas sahaja sebelum berkunjung ke Pusat Internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas penggunaan ICT, Norman Amir sering membantu perniagaan keluarganya dengan membuat promosi barangan keluarannya menggunakan platform media sosial. Beliau juga sering minta tunjuk ajar petugas Pusat Internet tentang cara untuk mereka cipta poster promosi jualan menggunakan Adobe Photoshop.