Tujuan 

Kelas Menaip Kad Jemputan (Microsoft Word)

Aktiviti 

Peserta adalah terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Peserta diberikan satu contoh kad jemputan untuk dijadikan rujukan dengan dibimbing oleh petugas Pusat Internet.  Aktiviti kali ini, peserta di kehendaki mencari gambar bunga serta membuat muat turun di internet untuk dijadikan muka depan kat jemputan. Peserta kemudian menaip kad jemputan mengikut format-format yang diberikan petugas. 

Tujuan 

Hari Bersama Komuniti 2019 Pusat Internet Kampung Sungai Mata

Aktiviti 

 Pameran Agensi

  • Pejabat Kesihatan Bahagian Kota Samarahan (Saringan Kesihatan Kepada Penduduk Kampung)
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
  • Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Agensi Anti Dadah Kebangsaan
  • Usahawan One X0x (Perkhidmatan Pembekal Talian Telefon)
  • Usahawan D’mata (Produk Berasaskan Nanas Dan Asam Jawa)
  • Usahawan Kak Marina (Roti)

 

Perkongsian Khas / Ceramah Kesihatan / Taklimat Berkaitan Perkhidmatan Yang Disediakan Oleh Agensi

  • Pegawai Kesihatan Bahagian Kota Samarahan 
  • Pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan Kota Samarahan
  • Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Lembaga Hasil Dalam Negeri (KPDNHEP)
  • Usahawan One XOX 

 

Advokasi Klik Dengan Bijak

Advokasi Dijalankan Oleh Petugas Pusat Internet Berdasarkan Beberapa Topik Seperti,

  • Check My Label
  • Mobile E-Waste
  • Klik Dengan Bijak
  • Dan Sebagainya

 

Dashboard Komuniti

My Komuniti -Muat Naik Pengumuman Maklum Balas Program Ke Dalam Aplikasi My Komuniti

 

Pertandingan Mewarna

Pertandingan mewarna pensil untuk Katogeri Kanak-kanak Tabika Kemas dan Orang Dewasa (Terbuka).

 **Untuk aktiviti lain seperti Mencipta Video Pendek , Kuiz Kahoot, Menaip dengan pantas (katogeri Pelajar sekolah Rendah dan Menengah) telah dijalankan pada hari 23/24 Jun 2019.

 

Gambar Di Sini

 

 

Tujuan 
Kelas KDB dan Mewarna " Paint" Sempena Hari Raya
Aktiviti 

Peserta adalah terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Pada jam pertama peserta di bimbing untuk membuat perkara-perkara berfaedah semasa dan ketika melayari internet.  Ini adalah bagi mengelakkan peserta sebagai pengguna menyalahgunakan internet untuk kepentingan sendiri dan niat yang tidak baik. Petugas menggunakan video daripada Youtube sebagai bahan bantuan mengajar. 

Untuk jam kedua,Sempena Menyambut Hari Raya Aidilfitri peserta di minta untuk mewarna menggunakan aplikasi "Paint" .Peserta di minta untuk mewarna dengan kemas dan cantik.


Gambar Di Sini

 

Tujuan 

 

Kelas Menaip (Microsoft Word)

 

Aktiviti 

Peserta adalah terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Pada kelas kali ini, peserta diberikan tugas secara berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada dua orang peserta. Salah seorang mereka mestilah pandai menaip dan tidak pandai menaip.

Bagi aktiviti kali ini, setiap kumpulan di tugaskan menaip satu artikel mengenai Kepentingan Internet menggunakan Microsoft Word. Pada aktiviti ini, peserta yang pandai menaip akan mengajar rakan kumpulan mereka yang tidak pandai menaip. Mereka akan membantu rakan kumpulan dengan membaca artikel, memastikan setiap patah perkataan dan tanda bacaan yang di taip adalah betul mengikut format diberikan oleh petugas. Akhir sekali petugas akan menyemak semula hasil kerja peserta dan memberi markah. Peserta semua berasa seronok dan meminta untuk membuat kelas menaip lagi.

Gambar Di Sini

Tujuan 
Membuat "Resume"
Aktiviti 

Peserta adalah terdiri daripada pelajar lepasan sekolah yang sedang mencari peluang pekerjaan. Mereka diajar membuat resume menggunakan microsoft word.Mereka juga menggunakan internet untuk melihat contoh-contoh resume yang terkini dan dijadikan sebagai bahan rujukan untuk membuat resume mereka.

Gambar Di Sini