Tarikh | :30 Jun 2019 |
Masa | :2.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | :Pusat Internet Kg Sungai Mata |
Peserta | :18 orang |
Tujuan | |
Kelas Menaip (Microsoft Word)
|
|
Aktiviti | |
Peserta adalah terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Pada kelas kali ini, peserta diberikan tugas secara berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada dua orang peserta. Salah seorang mereka mestilah pandai menaip dan tidak pandai menaip. Bagi aktiviti kali ini, setiap kumpulan di tugaskan menaip satu artikel mengenai Kepentingan Internet menggunakan Microsoft Word. Pada aktiviti ini, peserta yang pandai menaip akan mengajar rakan kumpulan mereka yang tidak pandai menaip. Mereka akan membantu rakan kumpulan dengan membaca artikel, memastikan setiap patah perkataan dan tanda bacaan yang di taip adalah betul mengikut format diberikan oleh petugas. Akhir sekali petugas akan menyemak semula hasil kerja peserta dan memberi markah. Peserta semua berasa seronok dan meminta untuk membuat kelas menaip lagi. |