Tarikh : 21-22 Oktober 2017
Masa : 8.00am - 5.00 petang
Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet 1Malaysia Kg Sungai Mata
Peserta : AJK Masjid Darul Naim Kg. Sungai Mata
Gambar : Peserta Kursus Asas ICT Media Sosial (Jakim)
Tujuan :
Kursus ini di jalankan bagi memperkenalkan kepada peserta Asas ICT media sosial yang terdirinya daripada Ajk Masjid, Imam, Bilal, Guru Kafa, dan NGO Islam. Bagi Kursus di Pusat Internet 1Malaysia Kg Sungai Mata, peserta yang terpilih adalah daripada Ajk Masjid Darul Naim Kg. Sungai Mata seramai 10 orang.
Aktiviti :
Peserta didedahkan kepada membuka akaun e-mail,youtube, facebook, instaqram, blog, dan pengenalan kepada video atas talian. Peserta juga di beri bimbingan dan pendedahan kepada "Klik dengan bijak" ketika menggunakan media sosial.
Tarikh/ Masa : 7 Oktober 2017/ 10.00am -12.30pm (Kelas Microsoft Word)
Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet 1Malaysia Kg. Sungai Mata
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Gambar 1 : Kelas Microsoft Word
Tujuan :
Memastikan peserta di beri pendedahan kepada asas penggunaan komputer dan meningkatkan kemahiran menaip dengan pantas.
Aktiviti :
Peserta diberi tugasan untuk membuat karangan bertajuk " Aku sebuah Basikal " di atas kertas. Setelah selesai mengarang peserta di benarkan untuk menaip karangan mereka tersebut menggunakan komputer. Peserta diberi masa untuk menaip karangan mereka supaya kelihatan kemas dan tersusun mengikut format yang di tetapkan.
Tarikh/ Masa : 20 Oktober 2017/ 9.30am -11.00am (Kelas Microsoft Power Point)
Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet 1Malaysia Kg. Sungai Mata
Peserta : Pelajar Sekolah Rendah
Gambar 2 : Kelas Microsoft Power Point
Tujuan :
Memastikan peserta di beri pendedahan kepada asas penggunaan komputer dan meningkatkan kemahiran menaip dengan pantas.
Aktiviti :
Peserta diberi tugasan untuk mencipta satu logo untuk kumpulan masing-masing menggunakan Microsoft Power Point. Peserta di latih dan di beri bimbingan untuk menjalankan tugasan tersebut. Untuk melaksanakan aktiviti tersebut, peserta dibenarkan untuk menggunakan internet untuk mencari maklumat berkaitan tentang logo.
Tarikh : 9 Oktober 2017 dan 10 Oktober 2017
Masa : 8.00am -12.30 tengahari
Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet 1Malaysia Kg Sungai Mata
Peserta : Wanita
Tujuan :
Peserta di dedahkan kepada Program e-Rezeki dimana program ini bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah sebagai alternatif kepada mereka untuk menjana pendapatan tambahan melalui peluang-peluang pekerjaan online.
Aktiviti :
Peserta di ajar untuk membuat akaun e-mail dan diberi latihan serta bimbingan untuk proses pendaftaran e_Rezeki seterusnya. Para peserta akan di bantu untuk memastikan kerja yang akan dilakukan mengikut kelayakan akademik dan kemahiran mereka masing-masing.