Tujuan 

Kelas Klik Dengan Bijak (Buli Siber dan kuiz silang kata)

Aktiviti 

Menerangkan kepada pelajar mengenai kesan buli siber ketika melayari internet dan memastikan setiap pelajar melayari internet dengan kelakuan baik dan tidak melakukan apa-apa yang boleh mendatangan keburukan kepada mereka. 

Pelajar kemudain di berikan satu tugasan menjawap kuiz silang kata berkaitan buli siber dan memastikan mereka memahami apa yang mereka belajar ketika kelas dijalankan.

Gambar disini

Tujuan 

Kelas Microsoft Word (Menaip Artikel)

Aktiviti 

Pelajar di ajar menggunakan aplikasi microsoft word. Petugas memberi satu tugasan karangan untuk pelajar belajar menaip. Mereka diajar cara menaip dengan betul menggunakan kedua-dua tangan dan memastikan mereka mahir menggunakan tetikus dan papan kekunci. Para pelajar juga di bantu petugas dalam menyiapkan karangan yang diberikan.

Tujuan 

Kelas Microsoft Word_Belajar menaip

Aktiviti 

Sebelum memulakan kelas microsoft word, pelajar yang terdiri pelajar sekolah rendah dan menengah di dedahkan mengenai advokasi klik dengan bijak. Pelbagai info dan video menarik mengenai Klik dengan bijak di terangkan oleh petugas.

Kemudian petugas mengajar para pelajar cara-cara menaip dengan cepat menggunakan aplikasi microsoft word. Pelajar diberi tugasan untuk menaip mengenai diri sendiri (biodata). Pelajar juga di ajar untuk menaip dengan betul menggunakan kedua-dua jari mereka.

Gambar disini

Tujuan 

Kelas Klik Dengan Bijak (Pengenalan Kepada Klik Dengan Bijak)

Aktiviti 

Memperkenalkan kepada para pelajar mengenai Klik dengan bijak untuk melahirkan seorang pelajar yang celik IT serta bertanggungjawab dalam menggunakan internet.

Gambar disini

Tujuan 

Kelas advokasi KDB

Aktiviti 

Para pelajar sekolah rendah didedahkan mengenai video buli siber dan program MIV iaitu kebebasan bersuara bukan kebebasan berbohong. Pelajar di nasihatkan supaya tidak melakukan jenayah buli siber ketika melayari internet di media sosial. Selain itu memastikan pelajar menggunakan internet dengan baik dan betul.

Gambar disini