Tujuan 
Mencipta poster di bulan Ramadan 
Aktiviti 

Peserta adalah terdiri daripada pelajar sekolah rendah di bahagikan kepada dua orang dalam satu kumpulan.Peserta di beri satu tugasan untuk mencipta poster sempena bulan ramadan menggunakan microsoft power point. Peserta juga diajar menggunakan "Shortcut Key" dalam penggunaan microsoft powerpoint dan juga diberi tunjuk ajar cara untuk muat turun "font" baru di internet.

Gambar Di Sini

Tujuan 

Kelas KDB dan Microsoft Excel 2010 
Aktiviti 

Klik dengan Bijak (KDB) mendidik para peserta untuk peka dengan isu-isu berkaitan teknologi dan isu-isu viral yang boleh mendatangkan fitnah dan pertelingkahan sesama masyarakat. Memberikan pendedahan kepada peserta tentang bahaya scammer,penipuan internet dan pishing supaya akan timbul kesedaran dan mereka dapat sampaikan kepada keluarga dan sahabat mereka yang lain. 

Kelas Microsoft Excel peserta di minta untuk membuat jadual waktu sekolah mereka masing-masing. Di dalam pembelajaran ini, petugas mengajar format asas excel sahaja. Dimana peserta perlu membuat kotak jadual dan mengisi data-data yang diperlukan. 

 

Gambar Di Sini

Tujuan 
Kelas menaip dengan menggunakan aplikasi microsoft office 2010 
Aktiviti 

Peserta di beri satu tugasan untuk menaip karangan bertajuk "Ibu Saya" menggunakan microsoft powerpoint. Peserta di benarkan untuk membuat carian gambar seorang ibu di goggle dan memuat turun  gambar yang telah dipilih. 

Peserta juga diajar asas penggunaan dalam microsoft powerpoint. Dimana peserta diajar cara memasukan gambar, bunyi, latarbelakang, di setiap slide powerpoint. 

Gambar Di Sini

Tujuan 
Kelas ICT bersama pelajar Fakulti Sains Komputer UNIMAS
Aktiviti 

Perbincangan dan lawatan pertama untuk kelas service Learning UNIMAS untuk Usahawan Wanita dan Surirumah Kampung Sungai Mata.

Gambar Di Sini