Tarikh : 9 dan 10 Januari 2018
Masa : 9.00 pagi - 1.00 petang / 2.00 petang - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sungai Mata
Peserta : Dewasa dan pelajar sekolah

 

Tujuan 
Memperkenalkan aplikasi Dashboard kepada ahli Pusat Internet Kg Sungai Mata
Aktiviti 

Peserta di perkenalkan kepada aplikasi dashboard dan kegunaan untuk komuniti setempat. Untuk aktiviti kali ini, peserta di beri peluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan iaitu tekanan darah dan timbang berat badan. Pemeriksaan tersebut di bantu oleh petugas Pusat Internet. Keputusan tekanan darah dan bacaan berat badan akan di simpan melalui aplikasi dashboard dan peserta boleh membuka sendiri aplikasi dashboard untuk memgetahui keputusan tersebut. Peserta juga boleh membuat pemeriksaan kesihatan pada bila-bila masa dengan kemudahan yang telah di sediakan oleh petugas Pusat Internet .

Tarikh : 5 Januari 2018
Masa : 2.30 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg Sungai Mata
Peserta : Pelajar sekolah rendah dan menengah
Tujuan 
Membuat jadual waktu sekolah sempena tahun baru persekolahan
Aktiviti 

Peserta di ajar menggunakan Microsoft Word untuk membuat jadual waktu sekolah. Di dalam kelas tersebut peserta di bahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan membuat jadual waktu sekolah yang telah disediakan oleh petugas. Peserta kemudian diajar cara menaip, membuat kotak jadual, mewarna kotak jadual, menukar tulisan dan sebagainya. Setelah selesai, peserta kemudian di berikan peluang untuk membuat sendiri jadual waktu sekolah masing-masing dan mencetak jadual tersebut dengan bantuan petugas.

Tarikh : 10 November 2017

Masa : 2.00 petang  - 5.00 petang 

Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet 1Malaysia Kg Sungai Mata

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah 

 

Tujuan :

1. Pendedahan dan bimbingan kepada peserta mengenai keselamatan Internet kepada kanak-kanak

2. Menguji kemahiran kreativiti peserta untuk membuat kraftangan seperti model kereta  menggunakan bahan kitar semula.

Aktiviti :

1. Peserta di perlihatkan video Klik dengan bijak yang bertajuk Keselamatan Internet kepada kanak-kanak. 

2. Peserta di berikan penerangan dan petugas memberi kuiz untuk menguji kepahaman peserta.

3. Peserta perlu menyediakan bahan-bahan seperti gam, kertas berwarna, gunting dan botol air

4. Video dari Youtube sebagai rujukan membuat bekas pensil

5. Setelah siap peserta di beri peluang untuk membuat pembentangan hasil "DIY Botol Air" di hadapan petugas.

Tarikh : 2 Disember 2017
Masa : 9.00 am - 12.30 pm
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Kg. Sungai Mata
Peserta : Pelajar sekolah 
Tujuan 
Mendedahkan kepada peserta mengenai kesan positif dan negatif dalam penggunaan internet di media sosial
Aktiviti 
Peserta mengikut bengkel Klik Dengan Bijak dimana peserta di berikan penerangan dan tayangan video mengenai kesan positif dan negatif dalam penggunaan internet terutamanya ketika menggunakan media sosial. Kemudian petugas memberi soalan- soalan kuiz berkaitan KDB bagi memastikan peserta paham dan mengingati apa yang di sampaikan oleh petugas.

Tarikh : 5 November 2017

Masa : 2.00 petang  - 4.30 petang 

Tempat : Bilik Latihan Pusat Internet 1Malaysia Kg Sungai Mata

Peserta : Pelajar Sekolah Rendah

Gambar : Peserta bersama hasil kreativiti "DIY Botol Air "

Tujuan :

Tujuan utama adalah menguji kemahiran kreativiti peserta untuk membuat kraftangan seperti bekas pensil menggunakan bahan kitar semula.

Aktiviti :

1. Peserta perlu menyediakan bahan-bahan seperti gam, kertas berwarna, gunting dan botol air

2. Video dari Youtube sebagai rujukan membuat bekas pensil

3. Setelah siap peserta di beri peluang untuk membuat pembentangan hasil "DIY Botol Air" di hadapan petugas.