Tarikh :15 Jun 2024
Masa :9.00 pagi- 12.00 tengahari
Lokasi :NADI Kg Sungai Mata
Peserta :11 orang
Tujuan 

Kelas Advokasi KDB dan ICT

Aktiviti 

Peserta merupakan pelajar sekolah rendah dan menengah. Hadir untuk kelas Advokasi KDB dan ICT.  Peserta menonton video kdb di Youtube mengenai Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong dan petugas menasihatkan peserta yang hadir untuk menggunakan media sosial dengan betul dan tidak menyalahguna seperti menyebarkan maklumat palsu, buli siber dan lain-lain.

Bagi kelas ICT, peserta belajar membuat satu poster Sempena Hari Raya Korban menggunakan aplikasi CANVA di internet. Peserta di beri pilihan untuk membuat poster mengikut kreativiti mereka masing-masing dan di bantu oleh petugas. Peserta menggunakan internet untuk mencari maklumat dan gambar  berkaitan dengan hari raya korban untuk dimasukan ke dalam poster mereka. 

Gambar disini

Tarikh :17 Mei 2024
Masa :2.30 petang- 3.30 petang
Lokasi :NADI Kg Sungai Mata
Peserta :13 orang
Tujuan 

Kelas Advokasi KDB dan ICT

Aktiviti 

Peserta merupakan pelajar sekolah rendah dan menengah. Hadir untuk kelas Advokasi KDB dan ICT.  Peserta menonton video kdb di Youtube dan petugas menasihatkan peserta yang hadir untuk menggunakan media sosial dengan betul dan tidak menyalahguna seperti menyebarkan maklumat palsu, buli siber dan lain-lain.

Bagi kelas ICT, peserta belajar menaip dan menggunakan tetikus dan papan kekunci dengan betul. Kelas ini merupakan kelas secara berkumpulan,di mana peserta yang pandai menaip dan menggunakan peralatan komputer akan mengajar peserta yang tidak tahu menggunakan komputer. Tugasan kali ini adalah mereka di beri satu artikal untuk menaip menggunakan microsoft word yang bertajuk "KOMPUTER".

 

Tarikh :17 Mei 2024
Masa :3.30 petang- 5.00 petang
Lokasi :NADI Kg Sungai Mata
Peserta :13 orang
Tujuan 

Kelas E-Pembelajaran (Menjawab Kuiz)

Aktiviti 

Setiap peserta yang hadir diberikan satu tugasan untuk menjawab kuiz di wordwall untuk latih tubi dan ulang kaji pelajaran mereka di sekolah mengikut matapelajaran yang mereka kurang memuaskan di sekolah.. 

Tarikh :20 April 2024
Masa :2.00 petang - 3.00 petang
Lokasi :NADI Kg Sungai Mata
Peserta :8 orang
Tujuan 

Kelas KDB Buli Siber

Aktiviti 

Peserta di beri penerangan mengenai buli siber menerusi video yang di tonton di Youtube. Petugas menasihati peserta yang terdiri pelajar sekolah agar tidak melakukan buli siber ketika melayari internet terutamanya di media sosial.

 

Tarikh :20 April 2024
Masa :3.30 petang - 4.30 petang
Lokasi :NADI Kg Sungai Mata
Peserta :8 orang
Tujuan 

Kelas E-Pembelajaran_Aktiviti mewarna (Aplikasi PAINT)

Aktiviti 

Peserta di beri tugasan untuk memuatnaik aplikasi Paint bagi aktiviti mewarna menggunakan Tablet yang telah disediakan petugas. Aktiviti kali ini bertujuan membantu peserta fokus dan kreatif dalam menghasilkan lukisan dan mewarna. Peserta juga di beri kebebasan untuk memilih gambar yang mereka minat untuk di warna. 

Tarikh :13 Mei 2024
Masa :2.00 petang- 3.00 petang
Lokasi :NADI Kg Sungai Mata
Peserta :4 orang
Tujuan 

Kelas Advokasi KDB mengenai Kebebasan Bersuara Bukan Kebebasan Berbohong

Aktiviti 

Peserta merupakan pelajar sekolah rendah dan menengah. Hadir untuk kelas Advokasi KDB.  Peserta di nasihatkan untuk menggunakan media sosial dengan betul dan tidak menyalahguna seperti menyebarkan maklumat palsu, buli siber dan lain-lain.

 

Tarikh :14 Mei 2024
Masa :2.00 petang - 4.30 petang
Lokasi :NADI Kg Sungai Mata
Peserta :6 orang
Tujuan 

Kelas Microsoft word_Kad Ucapan Hari Ibu

Aktiviti 

Peserta merupakan pelajar sekolah rendah hadir untuk belajar menaip. Setiap peserta diberikan satu tugasan untuk membuat kad ucapan sempena hari ibu.

Sebelum peserta mula menaip, peserta juga di ajar cara menggunakan papan kekunci dan tetikus.

Peserta belajar membuat kad ucapan sempena hari ibu mengikut kreativiti mereka masing-masing. Peserta juga mencari maklumat dan info dari internet.

Tarikh :20 April 2024
Masa :08.30 pagi -09.30 pagi
Lokasi :NADI Kg Sungai Mata
Peserta :9 orang
Tujuan 

Kelas IOT/STEM (CHATGPT)- Mencari maklumat mengenai Komputer  dan Perkakasan Komputer

Aktiviti 

Peserta merupakan pelajar sekolah rendah di ajar menggunakan Sistem AI seperti CHATGPT,dan juga mendaftar email. Mempelajari kebaikan dan keburukan aplikasi tersebut berserta fungsi aplikasi sebagai bahan bantuan untuk belajar pada masa kini. Peserta di berikan satu tugasan untuk mencari maklumat mengenai Komputer. Peserta mendapat banyak maklumat ketika menggunakan ChatGPT.

 

Tarikh :20 April 2024
Masa :10.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi :NADI Kg Sungai Mata
Peserta :9 orang
Tujuan 

Kelas Microsoft word_Jadual Komputer

Aktiviti 

Peserta merupakan pelajar sekolah rendah hadir untuk belajar menaip. Setiap peserta diberikan satu tugasan bertajuk Komputer.

Sebelum peserta mula menaip, peserta juga di ajar cara menggunakan papan kekunci dan tetikus.

Tugasan untuk kelas ICT pada hari ini, peserta dikehendaki menaip maklumat yang di perolehi di kelas IOT (Chat CPT) ke dalam microsoft word dalam bentuk jadual . Tujuannya peserta dapat mengenali maklumat penting yang diperlukan.