Tarikh | : 03 Ogos 2018 |
Masa | : 2.00 petang - 4.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Sungai Mata |
Peserta | : 17 orang |
Tujuan | |
Membuat slaid Pembentangan "Kenapa Saya Suka Kampung Saya" | |
Aktiviti | |
Peserta terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah.Peserta di berikan tugas untuk membuat slaid pembentangan bertajuk Kenapa Saya Suka Kampung Saya. Peserta dibenarkan membuat slaid menggunakan Microsoft Powerpoint 2010. Peserta juga di benarkan membuat slaid mengikut kreativiti masing-masing dan tidak dibenarkan meniru peserta lain. Setelah selesai membuat slaid peserta akan membuat pembentangan di hadapan petugas dan peserta lain. Ia bertujuan untuk melatih peserta berani tampil ke depan tanpa ada perasaan malu dan segan. Bagi aktiviti kali ini, petugas akan memberi markah berdasarkan slaid, isi kandungan dan persembahan dalam pembentangan peserta. Bagi peserta yang mendapat markah yang tinggi akan di berikan hadiah yang istimewa daripada petugas. Bagi peserta yang mendapat markah rendah, mereka di nasihatkan untuk berusaha lebih lagi untuk kelas akan datang. |